WELCOME TO IKHRAH ONLINE FASHION BOUTIQE
New Products! Dermags Skin Care Available Here!
RM79.90
Dermags Exclusive Lipstick (6 Colors)
Price RM79.90
Brand DERMAGS
Availability 595
Colour No Stock
Quantity
Description
Highlight
  • memelihara kelembapan bibir
  • mencegah bibir dari kering, terhidrat
  • menjadikan bibir tampak segar dan bermaya secara semulajadi.

 

Lipstik Produk Terbaru Dari Dermags Skin Care

 

 

 

Formula eksklusif lipstik Dermags diformulasi khas bagi:

  • memelihara kelembapan bibir
  • mencegah bibir dari kering, terhidrat
  • menjadikan bibir tampak segar dan bermaya secara semulajadi.

 

 

Mengandungi pelbagai kebaikan bahan-bahan semulajadi seperti lilin carnauba, lilin lebah, minyak biji bunga matahari, minyak biji buah kastor, minyak sayuran, tocopheryl acetate dan tocopherol serta kaya dengan vitamin A, C, D dan E.

Bahan-bahan ini mampu memberi perlindungan bibir yang optimum bagi memastikan bibir lebih sihat, lembut dan kekal cerah berseri.

Selain daripada itu. lilin dan minyak ini mengandungi antioksida yang tinggi bagi melindungi bibir dari radikal bebas dan tidak menyumbatkan pori-pori.

Bebas daripada bahan-bahan kimia merbahaya seperti plumbum, triclosan, paraben, palmitate dan lain-lain lagi.

 

 

 

Lilin Carnauba

Lilin sayuran yang boleh didapati dari daun pokok sawit Brazil (Copernica cerifera). Ia amat tahan lama dan menunjukkan kesan berkilau setelah kering, yang mana menerangkan ciri-ciri lipstik yang baik.

Lilin carnauba mengurangkan lekitan dalam formula lipstik. Ianya membantu dalam merawat bibir secara terapeutik bagi mengurangkan kehilangan air dari epidermis kulit bagi membantu melembapkan bibir.

 

 

 

Lilin Lebah

Bertindak sebagai pelindung dan membentuk lapisan yang mengunci kelembapan bagi memberikan kesan bibir yang lembut dan lembap.

Tidak seperti petroleum, lilin lebah tidak menyumpat pori-pori. Lilin lebah bertindak sebagai antikeradangan, ia juga sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.

Selain itu, lilin lebah memberikan tekstur berkrim dalam formula lipstik membuatkannya mudah disapu dan dapat memberikan litupan yang sempurna.

Kesan penerapan lilin lebah dalam lipstik Dermags ini menghasilkan lipstik yang tidak menyerlahkan kulit bibir yang kering, tapi sebaliknya membentuk bibir yang licin dan lembut.

Lilin lebah kaya dengan vitamin A yang membantu melindungi dan merawat bibir dari kerosakan akibat pencemaran udara dan asap rokok, yang mana diketahui sebagai faktor yang mengakibatkan bibir berkedut dan gelap.

 

 

Minyak Biji Bunga Matahari

Kaya dengan vitamin A, C, D, and E. Vitamin, asid lemak dan antioksida membantu memperbaharui sel kulit baharu bagi memperbaiki kesihatan bibir.

Vitamin E dapat melindungi bibir dari kerosakan akibat matahari dan kesan penuaan. Minyak biji bunga matahari dapat memudarkan parut, mempercepatkan penyembuhan luka, dan menyerlahkan kecantikan semulajadi. Ianya juga efektif dalam merawat eczema dan iritasi.

Minyak biji bunga matahari juga merupakan agen penghidrat yang membantu mengekalkan kelembapan bibir.

 


Butylated Hydroxy Toluene (BHT)

Bertindak sebagai antioksida dan pengawet dalam formulasi lipstik. Ia membantu menghalang kemerosotan formulasi lipstick ini yang disebabkan oleh reaksi kimia oleh oksigen reaktif.

BHT turut bertindak secara sinergi dengan bahan antioksida lain. Selain itu, BHT dapat mempercepatkan penyembuhan ulser bibir.

 

 

Tocopheryl Acetate

Dikenali umum mempunyai sifat antioksida, anti-penuaan, pelembap, anti-keradangan, dan mempercepatkan proses rawatan bibir kering dan mengelupas.

Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung matahari dan mengurangkan penghasilan radikal bebas akibat pendedahan kepada gelombang UV.

Ia juga meningkatkan fungsi kulit, melindungi imbangan lemak pada kulit dan mengurangkan kehilangan air dari kulit.

 


Minyak Biji Buah Kastor

Ia mengandungi undecylenic acid, yang bertindak membasmi kuman. Ianya berguna bagi merawat ulser bibir, terutamanya ulser yang diakibatkan oleh infeksi bakteria dan kulat.

Minyak biji buah kastor juga telah lama digunakan bagi menghalang kekeringan bibir. Peratus asid ricinoleic yang tinggi juga menghalang penumbuhan pelbagai jenis virus, bakteria dan kulat.

 

Tocopherol

Tocopherol juga dikenali sebagai vitamin E. Ia memiliki dwifungsi yang bertindak sebagai pengawet dan antioksida semulajadi.

Tambahan pula, ia membantu merawat bibir dan memudarkan parut. Ia melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar dan gelombang UV.

Tocopherol juga bertindak sebagai agen anti-penuaan yang membantu menegangkan bibir. Vitamin E turut dikenali sebagai pelembap yang efektif.

Vitamin E merupakan minyak yang padat dan ia dapat membantu menyerlahkan bibir yang lembut dan menawan.

 


Minyak Sayuran (Olus)

Merupakan minyak semulajadi hasil dari kultivasi organic. Ia merupakan campuran trigliserida semulajadi dari 100% sumber sayuran.

Minyak sayuran ini berupaya melembutkan dan merawat bibir. Ia bertindak sebagai penghalang pada bibir yang melambatkan kehilangan air, lalu menyerlahkan bibir yang lembap dan terhidrat.

 

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box
  • Dermags Exclusive Lipstick