WELCOME TO IKHRAH.COM
Sedarkah Anda Yang Anak Anda Mengalami Masalah? Part 4 - Masalah Global Developmental Delay (GDD)

 

SEDARKAH ANDA, ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH?

PART 4

MASALAH GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY

 

 

Global Developmental Delay (GDD)

Global Developmental Delay ini secara ringkasnya bermaksud perkembangan yang lewat dari usia yang sepatutnya.

Fakta menunjukkan 1-3% kanak-kanak yang lahir akan mengalami masalah GDD dari segi sosial dan emosi,perkembangan motor, perkembangan kognitif, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak GDD ini didefinasikan sebagai kanak-kanak yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah berbanding kanak-kanak yang normal.

Punca yang sering berlakunya GDD ini kebiasaannya di sebabkan oleh faktor genatik, ketidaknormalan kromosom, dan ketidaknormalan dengan perkembangan otak.

Selain itu, bayi pramatang , penyakit Congenital Rubella dan Meningitis boleh menjadi salah satu penyebab GDD.

Kebiasaanya, bayi kelahiran pramatang ini memang lebih cenderung kepada lewat perkembangan dari usia sebenar mereka.

 

Kanak-kanak yang mengalami masalah GDD akan menunjukkan ciri-ciri berikut :

  • Bayi berumur 6 bulan tidak mampu untuk berguling-guling
  • Bayi berumur 8 bulan tidak mampu duduk tanpa sokongan
  • Bayi berumur 12 bulan tidak mampu merangkak
  • Bayi berumur 15 bulan belum mampu berjalan
  • Mempunyai masalah komunikasi
  • Mempunyai masalah untuk mengerakkan tangan dan kaki

 

Terdapat 4 kategori masalah lewat perkembangan, iaitu;

 

1) Perkembangan pergerakan dan motor yang lambat

Kelewatan perkembangan pada kanak-kanak mungkin disebabkan oleh masalah motor kasar seperti bermain bola ataupun masalah motor halus seperti mewarna.

Ciri-ciri yang boleh dilihat adalah;

  • Bayi berumur 6 bulan tidak mampu untuk berguling-guling
  • Bayi berumur 8 bulan tidak mampu duduk tanpa sokongan
  • Bayi berumur 12 bulan tidak mampu merangkak
  • Bayi berumur 15 bulan belum mampu berjalan

 

2) Perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat

Kelewatan pertuturan kanak-kanak mungkin disebabkan oleh kecelaruan bahasa ataupun mungkin mengalami kesulitan untuk memahami arahan.

Ciri-ciri yang boleh dilihat adalah;

  • Anak berumur 3 tahun masih lagi gagal bertutur dalam frasa pendek
  • Anak berumur 4 tahun gagal menggunakan perkataan lebih dari 3 suku kata pada satu ayat dan masih tidak dapat menggunakan perkataan ―kamu‖ dan ―aku‖ dengan sempurna.
  • Anak berumur 5 tahun mengalami masalah untuk memahami dua perintah sekaligus dan mengalami masalah kekeliruan untuk memberikan namanya dengan lengkap.

 

3) Perkembangan sosial dan emosi yang lambat

Perkembangan social dan emosi yang lewat akan menyebabkan mereka mengalami masalah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain.

Masalah ini dapat di lihat melalui ciri-ciri berikut :

  • Anak berumur 3 tahun tidak menunjukkan ketertarikan terhadap orang lain dan merekajuga mengalami masalah sukar untuk berpisah dengan pengasuh.
  • Anak berumur 4 tahun menunjukkan sifat ingin menyendiri sehinggakan mengabaikan ahli keluarga yang lain.
  • Anak berumur 5 tahun menunjukkan perasaan tertarik yang minima kepada suatu permainan fantasi atau bermain bersama kanak-kanak lain. Mereka ini juga gemar menunjukkan rasa takut, malu, sedih, bertindak agrasif dan tidak menunjukkan emosi yang sebenar.

 

4) Perkembangan berfikir dan kognitif yang lambat

Masalahan perkembangan kognitif dapat terjadi karena faktor ketidaknormalan genetik, anak kelahiran pramatang, ketidaknormalan sistem saraf,dan juga disebabkan kekurangan oksigen semasa proses bersalin.

Masalah ini dapat dilihat melalui ciri-ciri berikut:

  • Anak berusia 3 tahun mengalami masalah untuk memahami arahan yang diberikan serta tidak mampu untuk melibatkan diri dalam permainan yang bersifat kepura-puraan dan menunjukkan minat yang sedikit terhadap permainan
  • Anak berumur 4 tahun gagal untuk menunjukkan minat terhadap permainan yang aktif dan gagal untuk melibatkan diri dalam permainan fantasi.
  • Anak berumur 5 tahun mudah hilang tumpuan dan tidak dapat fokus kepada sesuatu situasi kurang dari 5 minit.

 


 

CARA UNTUK ATASI MASALAH GLOBAL DEVELOPEMENTAL DELAY (GDD )

 

 

Anak yang mengalami kelewatan tumbesaran dan mempunyai ciri-ciri GDD adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan pediatrik untuk mendapatkan ujian secara terperinci tentang masalah si anak.

Pihak pediatrik akan memberikan khidmad nasihat kepada seluruh ahli keluarga si anak dan cara pengendalian yang terbaik.

Mereka akan menyediakan khidmat terapi untuk si kecil boleh menjalani tumbesaran yang sempurna.

 

Perkara yang paling penting, setiap ibu bapa haruslah memberikan sepenuh kasih sayang terhadap si anak dan menyediakan persekitaran yang memberangsangkan serta tidak merbahaya kepada si anak.

Ibu bapa perlulah membantu si anak agar dia dapat meningkatkan pencapaian.

 

 

 


 

 

PART 3 MASALAH ANAK GAGAP DALAM PERCAKAPAN <<<

 

>>> PART 5 MASALAH ANAK LAMBAT BERCAKAP