WELCOME TO IKHRAH.COM
Sedarkah Anda Yang Anak Anda Mengalami Masalah? Part 5 - Masalah Lambat Bercakap

 

SEDARKAH ANDA, ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH?

PART 5

MASALAH LAMBAT BERCAKAP @ SPEECH DELAY / LATE TALKER

 

 

Kebimbangan ibu bapa terjadi bila anak mereka lewat bercakap bila dibandingkan dengan anak orang lain.

Kelewatan bercakap terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu late talker dan speech delay.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun lebih cenderung untuk mengalami late talker.

 

1. Late talker

  • Masalah diperingkat awal dan kemudian mereka dapat mengejar perkembangan seperti kanak-kanak lain.
  • Masalah ini biasa terjadi kepada kanak-kanak berumur antara 18-30 bulan
  • Mereka mempunyai kefahaman bahasa yang baik, hanya sukar untuk meluahkan kata.
  • Mereka mengikuti perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran dan social, cuma terhad untuk menggunakan perkataan


2. Speech Delay

  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangkamasa yang panjang.
  • Mereka gagal untuk memahami bahasa badan yang ditunjukkan dan sukar mengeluarkan perkataan.
  • Sekiranya perkara ini berlaku, segera berjumpa pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal dan Speech-Language Pathologist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan terapi.

 


 


Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca ataupun penjelasan untuk kelewatan bercakap ini.

Walau bagaimanapun, mereka mendapati late talker ini kebiasaanya adalah disebabkan dia adalah seorang lelaki, mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami masalah lambat bercakap, dilahirkan dengan berat yang tidak mencukupi, dan juga kelahiran bayi pramatang.

Terdapat beberapa punca terjadinya speech delay ini, diantaranya terdapat gangguan di organ mulut, masalah pendengaran, masalah otak, autism, dan fakor genetik.

Memahami perkembangan bahasa si anak amat penting untuk memastikan si anak mengikut perkembangan yang normal.

 

Berikut adalah panduan yang boleh di rujuk untuk perkembangan si anak ;

  1. Kanak-kanak berumur antara 9 hingga 12 bulan menggunakan suara untuk berhubung seperti berceloteh adalah perkara biasa. Ini adalah salah satu proses pembelajaran si anak untuk bercakap. Pada masa ini, mereka sudah boleh mengeluarkan bunyi seperti "baba", "aaa", dan sebagainya.
  2. Kanak-kanak yang berumur antara 12-15 bulan kebiasaanya sudah mampu untuk mengeluarkan satu ataupun lebih kata (contoh: "papa"), dan kebiasaanya, mereka sudah mula memahami sesuatu arahan (contoh: "tolong ambilkan itu")
  3. Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
  4. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti "bye bye", "apa tu?". Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah "makan biskut", "baju kotor".
  5. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan "siapa?", "apa?", dan "mana?" yang mudah.

 


Terdapat beberapa gejala "speech delay" yang ibu bapa perlu ambil tahu untuk pengesanan awal supaya masalah ini boleh dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

Diantara gejala yang sering kanak-kanak tunjukkan adalah:

  • Anak yang berusia 12 bulan, masih belum mampu untuk menggunakan bahasa tubuh badan seperti melambai tangan dan menunjukkan barang.
  • Anak berusia 15 hingga 18 bulan, mengalami masalah mengulang suara serta gerakan. Mereka juga tidak mampu untuk membalas perkataan ringkas seperti "tidak", "hello", "bye". Mereka juga mempunyai perkataaan yang terhad seperti mengetahui 1 ke 3 perkataan sahaja.
  • Anak berusia 2 hingga 4 tahun, tidak mampu untuk menyampaikan kata-kata, gagal mengikut arahan mudah, bercakap mengikut bahasa yang tersendiri, dan tidak dapat membuat 2 hingga 3 patah perkataan dalam satu ayat.

 

 

Masalah lambat bercakap ini boleh menjadi masalah besar jika tindakan awal tidak diambil.

Jika si anak menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah speech delay, anda perlu membawanya berjumpa dengan Speech Language Therapist untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk membantu perkembangan si anak.

 

Disini terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk merangsang si anak bercakap.

  • Menggunakan perkataan pendek dan mudah untuk bercakap dengan si anak. Perkataan yang senang mudah difahami dan mudah diingat.
  • Tekankan perkataan yang ingin dicakap untuk mendapatkan perhatian si dia. Contoh: ‘Air ni panas’
  • Cakap dengan kelajuan yang minimum untuk memastikan si anak memahami apa yang diperkatakan. Contoh: buka – ‗ bu-u-ka‘
  • Tunjukkan barang bila kita bercakap dengan mereka.
  • Penceritaan melalui buku bergambar, flash cards ataupun video dapat meningkatkan keinginan untuk bercerita.
  • Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya.
  • Jangan memaksa si anak sekiranya dia tidak mahu bercakap atau bertindak balas pada soalan yang diberi.
  • Mengajar anak menyanyi dapat meningkatkan peratus untuk dia bercakap. Anak-anak sangat sukakan muzik.
  • Mengajak mereka membaca dan mengulangi perbicaraan.

 

 

 


 

 

PERHATIAN!

ADAKAH ANAK-ANAK ANDA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI EXAM PADA TAHUN INI?

EXAM PENTING DAH DEKAT, RISAU ANAK TAK FOKUS MASA CIKGU AJAR DALAM KELAS

RISAU DENGAN PRESTASI PELAJARAN ANAK YANG KURANG MEMBERANGSANGKAN?

 

 

PT3 & SPM/STPM bakal tiba tidak lama lagi. Oleh itu, anda perlu risau jika anda mempunyai anak yang menghadapi masalah seperti ini: 

  • Tak fokus ketika belajar
  • Tak minat dalam pelajaran mereka
  • Susah untuk menghafal & mudah lupaa selalu
  • Susah bangun waktu pagi
  • Sukar menghafal ayat Al quran
  • Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan

 

Andai anak tak fokus ketika dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat penting untuk exam.

Sebab tu lah, semua pelajar berusaha bersungguh2 untuk tingkatkan prstasi.

Tapi kalau dah mengantuk, letih, susah belajar, macam mana nak fokus di dalam kelas?

Sebagai ibu bapa kita mesti rasa risau dengan prestasi anak kita bukan. Kalau tidak dibantu dari sekarang, macam mana dengan masa depan mereka nanti?

 

Ini solusi yang boleh dilakukan untuk membantu anak- anak kita supaya cemerlang dalam pelajaran.

 


H-FOCUS AKIDS

DENGAN FORMULASI TERBARU YANG 2 KALI LEBIH BERKESAN DARI BIASA DENGAN PENJIMATAN BERGANDA NILAI WANG ANDA

 

 

2 KALI LEBIH BERKESAN!

Pengambilan Hanya 2 biji sehari untuk kesan peningkatan fokus & tajamkan fikiran anak anda dengan 16 formulasi yang terbaik untuk minda mereka..

 

LEBIH PENJIMATAN!

Sebotol Akids mengandungi 100 biji tablet yang boleh digunakan sehingga 2 bulan penggunaan.

 

Berdasarkan kajian yang terdapat bahan-bahanya dapat membantu tingkatkan Prestasi Fizikal Anak-anak suapaya lebih FOKUS, BERTENAGA dan EMOSI LEBIH TENANG.

 

KESAN PENGAMBILAN TABLET H-FOCUS A KIDS
========================================
Telah terbukti membantu meningkatkan prestasi otak pada tahap yg optimum:

heart Meningkatkan Prestasi Minda
heart Meningkatkan prestasi pelajaran anak
heart Meningkatkan Fokus dalam pelajaran 
heart Anak mudah bangun pagi 
heart Booster memorii untuk menghafal
heart Mudah faham bila belajar
.
Kami Tak Mengatakan makan terus bijakk, TETAPI Kami Tekankan bahawa, H-Focus A Kids Mencukupkan segala Khasiat, Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh Otak dan dapat meningkatkan Prestasi Minda & Memori Otak Ke tahap Yang Lebih MAKSIMUM.
.
PRODUK KAMI
► Lulus #KKM, boleh cek sendiri di laman web Biro Farmasi guna kod #MAL19066055TC
► Sudah mendapat lebih 3000 TESTIIMONI Terkumpul
► 1 Botol Mengandungi Tablet 100biji – TAHAN SEHINGGA 2 BULAN PENGGUNAAN.

 

 

Untuk Pembelian Melalui Online Banking @ Credit Card

 

Untuk Pembelian Secara Manual melalui Whatsapp:

 


 

PART 4 MASALAH GLOBAL DEVELOPEMENTAL DELAY (GDD) <<<

 

>>> PART 6 MASALAH ANAK DISLEKSIA